Dato Siamang Gagap juga mengajak mengadu kekuatan seorang lawan seorang
untuk menguji kehebatan pahlawan Rawa. Akhirnya berlakulah pertandingan pencak silat
antara Dato Siamang Gagap dengan pahlawan Rawa yang terbilang dan dalam
pertandingan itu Dato
Siamang Gagap berjaya mengalahkan lawannya. Kemudian Dato Siamang Gagap mengatakan dia Cuma
orang suruhan sahaja berbanding pahlawan Minangkabau lain yang semuanya lebih handal
darinya.
Akhirnya orang-orang Rawa merasa
takut lalu meninggalkan Seri Menanti.
Sebagai menghargai jasanya berjaya menghalau orang-orang Rawa maka
Yamtuan Radin menganugerahkan gelaran DATO SIAMANG GAGAP kepada
beliau dan juga dilantik menjadi pembesar istana. Beliau menjadi pembesar Istana bermula dari masa pemerintahan Yam Tuan
Radin, Yam Tuan
Imam, Tuanku Ampuan
Intan (pemangku) dan Yam Tuan
Antah
Pada 25-11-1875,
atas permintaan Dato Undang Sg Ujong, Residen Inggeris telah menghantar Captain Murray bersama
dengan seorang pengukur dan sepasukan
askar yang dianggotai oleh askar Inggeris dan angkatan Dato Undang
untuk pergi ke Terachi bagi menyelesaikan masalah persepadanan tersebut. Sesampai di Bukit Putus,
pasukan yang diketuai oleh Captain Murray telah
diserang oleh Angkatan
Seri Menanti yang diketuai oleh Dato
Siamang Gagap. Maka
meletuslah perang di kawasan Bukit Putus dan dalam peperangan
tersebut pasukan Inggeris dan Dato Undang terpaksa
berundur ke Paroi.
Perjanjian Yam Tuan Seri Menanti
dan Dato Undang Berempat
29-04-1898
29-04-1898
Dengan siri-siri Perjanjian dengan Inggeris oleh Yam Tuan
Seri Menanti, maka tersingkirlah pengaruh Dato Siamang
Gagap dan tiada lagi
dia memegang apa-apa jawatan dalam Istana. Menurut penceritaannya Dato Siamang Gagap telah
pergi ke Mekah dan kemudian menetap di Kg Terusan Juasseh dan meninggal dunia di
sana.