Pendeta Za’Ba telah
memberi sumbangan kepada Negeri
Sembilan iaitu menghasilkan atikel pertamanya yang berjudul “Temasya Mandi Safar di
Tanjung Kling” diterbitkan
sebanyak dua kali dalam akhbar
Utusan Malaya.
Buku pertamanya yang bertajuk Umbi Kemajuan, merupakan menulisan semula karangan
rencana keugamaan yang
diterbitkan pada tahun
1932.
Za’ba mula
menulis secara aktif
semasa beliau menjadi guru sementara di
Johor Bahru pada
tahun 1916.
Bakat Pendeta
Za’ba terserlah kerana beliau
menyentuh mengenai aspek-aspek bahasa , kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan
politik dalam hasil
karyanya.
Karyawan yang disegani ini pernah
mengarang cerpen, novel dan buku-buku
rujukan tatabahasa
dalam Bahasa Melayu.
Antara hasil karyanya ialah Journalism
in Malaya yang diterbitkan
pada tahun 1947,
Ilmu Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa
Melayu I, Pelita Bahasa Melayu II dan Pelita Bahasa Melayu
III (1958).
Seorang penulis yang bernama
Dharma Wijaya menggambarkan Pendeta Za’ba sebagai
seorang pejuang Bahasa Melayu
yang sentiasa ditunjangi oleh ketabahan,
kecekalan dan keyakinan.
“Perjuangan Za’ba lebih menjurus
kepada kegiatan keilmuan khususnya dalam pendidikan, penyelidikan dan penulisan,”
ujar Dharma Wijaya
dalam satu teks
ucapan.
Buku mengenai Za’ba.
Untuk menghargai sumbangan pendita Za’ba dalam
bidang penulisan, Universiti Malaya meamakan salah sebuah
perpustakaannya sempena namanya (Perpustakaan Peringatan Za’ba) untuk mengenang jasa beliau
kepada perkembangan Bahasa Melayu.