Nama
beliau adalah Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali sebagai Za’ba. Beliau dilahirkan pada tahun 1895 disebuah
kampung terpencil yang terletak di Batu
Kikir, Jempol Negeri Sembilan. Beliau juga berasal
dari sebuah keluarga
yang kuat beragama. Oleh itu, tidak
hairanlah beliau telah belajar berkhatam al-Quran, menghafal Surah Yassin dan berzanji ketika usianya
mencecah tujuh tahun.
Beliau
telah menjejakkan kakinya ke sekolah pada usia 12
tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir dan kemudian
beliau bertukar ke Sekolah
Melayu Linggi untuk mendalami ilmu pengajian Arab dan
Islam lebih lanjut.
Beliau telah menyambung pelajarannya di Institutusi St. Paul
Seremban dan merupakan
orang Melayu pertama
yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge
dan lulus peperiksan
pada 1915.
Beliau
adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam penulisan.
Kebanyakkan hasil penulisanya muncul dalam akhbar-akhbar
tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pengasuh dan Pakar Majalah.
Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam Bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu
Mengarang Hasil penulisannya
yang lain termasuk cerita-cerita Shakespeareyang Gudang Chap, Singapura.