Beberapa sejarawan berpendapat
bahawa nama Negeri
Sembilan mulai digunakan
pada tahun 1773 iaitu
setelah Raja Melewar
dari Pagar Ruyong
dirajakan di Negeri
Sembilan. Dari bukti-bukti
sejarah menujukkan Negeri Sembilan
telah mula dibuka dalam
kurun yang keempat
belas Masihi. Dari batu bersurat
yang dijumpai di
Sungai Udang Linggi
Port Dickson, seorang
bernama Sheikh Ahmad
telah meninggal dunia pada
tahun 1467. Berdasarkan
batu nisan perkuburannya
jelas menunjukan bahawa
beliau meninggal dunia
ketika Sultan Mansor
Shah memerintah di
Melaka. (semasa Kerajaan
Melayu Melaka sedang
meningkat kemashyurannya).
Pada peringkat awal
Negeri Sembilan bukan
merupakan kesatuan Negeri
Sembilan yang untuh
seperti sekarang. Ketika
itu, negeri Sembilan
hanya merupakan beberapa
buah daerah kecil
yang terdiri daripada
gabungan Sembilan buah
daerah yang mempunyai
pembesar-pembesarnya
sendiri. Pada masa
tersebut Negeri Sembilan
terdiri dari Sungai
Ujong, Jelebu, Johol,
Rembau, Jelai, Kelang, Naning,
Segamat dan Ulu Pahang. Seterusnya
dalam tahun 1780-an
Belanda menawan Naning,
Bugis pula menguasai
Kelang, Kerajaan Johor
menduduki SEgamat dan
pemerintah Pahang menguasai
Ulu Pahang.
Menurut Abdul Samad
Idris nama Negeri
Sembilan bermula dari
perkataan “Negeri” yang berasal dari
perkatan “Nagari”. “Adapun perkataan
‘Negeri’ yang dipangkal nama
Negeri Sembilan adalah
berasal daripada perkataan
orang-orang Minangkabau yang
disebut menurutnya pelatnya ‘Nagari’ kerana
Negeri Sembilan telah dibuka
oleh orang-orang yang dating
dari Minangkabau, maka
tidak syak lagilah
bahawa perkataan ‘Negeri’
di pangkal nama
negeri itu adalah
berasal dari perkataan Minangkaubau juga.
Menurut orang Minangkabau
perkataan “Nagari” bermasud
kampong atau mukim
yang terdiri daripada sebuah daerah kecil yang biasanya
dikapalai oleh seseorang ketua. Padang
in tidak dipersetujui oleh Daniel
Perret yang berpendapat
istilah negeri berasal
daripada perkataan Sanskrit
iaitu ‘nagara’ yang telah mula
digunakan dalam batu
bersurat pada abad
ke-5 di daerah Sunda, Jawa Barat.
Beliau
telah melakukan penelitian
terhadap beberapa teks lama seperti Sejarah Melayu,
Hikayat Banjar, Hikayat
Siak, Salasilah Melyu
dan Bugis, Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Hang
Tuah, Misa Melayu,
Tuhfat al-Nafis dan
Hikayat Raja Pasai. Hasilnya kesimpulan yang
dibuat olehnya mengenai
istilah negeri ialah;
“tempat kediaman
tetap dan cukup
padat yang
Dibuka
atas keputusan seorang
yang mempunyai
kuasa politik
tertentu bagi dia
dan rakyatnya”
Pendapat Perret turut
disokong oleh R.J.
Wilkison yang berpendapat
perkataan “negeri” berasal
perkataan dari bahasa
Sanskrit yang membawa
makna “penempatan”,
‘bandar’, atau ‘negeri’/
Walaubagaimanapun wujud pelbagai tanggapan yang
berbeza mengenai perkataan
negeri itu sendiri namun
apa yang dapat
dikatakan ialah ia
merupakan satu istilah
dinamik yang mempunyai
makna yang tersendiri
sehingga kewujudannya dapat
dikekalkan dan digunakan
sehingga kini.